"Rahsia Hidup Bahagia: Syukur, Sabar, dan Ikhlas"
Saturday, 16 November 2024
RAHSIA HIDUP BAHAGIA ; SYUKUR, SABAR DAN IKHLAS
"Rahsia Hidup Bahagia: Syukur, Sabar, dan Ikhlas"
Friday, 15 November 2024
WASIAT RASULULLAH TENTANG TANDA - TANDA KIAMAT
WASIAT RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:
1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh)
Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat
(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti
Wallahua'lam
Tuesday, 12 November 2024
TUKAR CARA BERDOA
TUKAR CARA BERDOA
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.
FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Sumber : Tanyalah ustaz via Hasmah Solan
Monday, 11 November 2024
KEMULIAAN DI SISI ALLAH TA'ALA
Bismillah...
KEMULIAAN DISISI ALLAH TA'ALA, ADALAH MEREKA-MEREKA YANG BERIMAN, BERAMAL, BERTAKWA DAN MENCARI KERIDHAAN ALLAH TA'ALA...
Allah Azza Wa Jalla Berfirman:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Al-Ĥujurat: 1 3)
Rasulullah ShallAllahu 'Alaihi Wasallam Bersabda:
"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana saja engkau berada. Ikutilah keburukkan dengan kebaikan, niscaya ia akan menghapuskan keburukkan tersebut dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
(HR. Tirmidzi)
Kehidupan Ini, Akan Menjadi Sia-Sia Bilamana Kita Tidak Memanfaatkannya Sebaik-Baiknya Dalam Mencari Keridhaan Allah Ta'ala, Yang Mana Sedar Atau Tidak Semakin Dekatnya Kita Menuju Kehidupan Akhirat, Yang Mana Kenikmatan Dan Kengerian Yang Tidak Dapat Digambarkan Dengan Akal Fikiran Kita Yang Terbatas, Maka Manfaatkanlah Berbaki Hayatmu Sebaik-Baiknya Dalam Mencari Dan Mendapatkan Keridhaan Allah Ta'ala, Rabb Yang Maha Mengatur Dan Maha Menguasai Semesta Alam.
Insya Allah...
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian (Dijauhkan Dari Perkara-Perkara Yang Tidak Baik), dan kecukupan."
(HR. Muslim)
Aamiin, Ya Rabbal Al'Aamiin...
Alhamdulillahi Rabbil Al'Aamiin...
(Segala Pujian Hanyasanya Milik Mutlak Allah, Rabb Yang Maha Mengatur Dan Maha Mengusai Semesta Alam)
Saturday, 9 November 2024
API NERAKA JAUH LEBH PANAS DARI API DUNIA
"Api Neraka Jauh Lebih Panas Dari Api Dunia – Hanya Sekelumit Bukti Kekuasaan-Nya"
Apabila kita berbicara tentang api dunia yang paling panas, ia mungkin merujuk kepada pusat matahari yang mencapai suhu lebih kurang 15 juta darjah Celsius. Tetapi, itulah hanya satu kecil daripada kuasa Allah yang tidak terbatas. Jika kita menilai dari sudut keinsafan, betapa api dunia yang kita anggap panas sebenarnya tidak mampu menandingi api neraka yang digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 81: "Api neraka itu lebih panas jika mereka mengetahui."
Bayangkan, Allah yang mencipta seluruh alam ini memberi amaran bahawa panasnya api neraka itu jauh lebih dahsyat dari apa yang mampu kita bayangkan. Suhu api dunia—seperti api biasa, api gunung berapi, malah api matahari—sekadar contoh kecil sahaja.
Sejauh Mana Sebenarnya Panas Api di Dunia Ini?
Setakat ini, suhu tertinggi yang pernah dirakamkan di dunia berlaku dalam eksperimen fusi nuklear, yang mencapai sekitar 5.5 bilion darjah Celsius – lebih panas dari inti matahari! Namun, saintis berusaha untuk menghasilkan suhu yang ekstrem ini untuk memahami rahsia alam semesta. Walaupun begitu, apa yang manusia anggap sebagai pencapaian suhu tertinggi ini belum mampu menandingi api neraka yang tidak terfikirkan panasnya. Rasulullah SAW bersabda:
"Api kamu ini, yang dinyalakan oleh anak Adam adalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian daripada panasnya api neraka." (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa api dunia yang kita takutkan ini hanyalah satu pecahan kecil dari panasnya api neraka.
Merenung Kembali Dengan Keinsafan
Apa yang kita ketahui tentang api dunia sudah cukup membuatkan kita gentar. Bayangkan jika terkena percikan kecil dari api, sudah terasa sakitnya. Tetapi neraka? Masih mahu kita abaikan peringatan Allah? Mungkin kadang-kadang kita leka, menganggap peringatan tentang azab dan api neraka ini jauh dari realiti kita. Namun, al-Quran dan hadis hadir untuk membawa kita kembali kepada hakikat – untuk membentuk keinsafan dalam hati bahawa dunia ini hanyalah sementara.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 6: "Dan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan mereka, azab Neraka Jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."
Maka, marilah kita renungkan sejenak. Hidup kita bukan semata-mata untuk kesenangan dunia yang sementara. Panasnya api neraka itu bukan untuk sekadar menakutkan, tetapi untuk kita mengambil iktibar dan peringatan.
Api dunia mungkin panas, tetapi ia bukan tandingan bagi api neraka yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang ingkar. Semoga peringatan ini menambah keinsafan dalam hati kita, agar sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjauhkan diri dari segala larangan-Nya.
MasyaAllah, betapa luasnya rahmat dan amaran dari Allah ini – moga kita menjadi hamba yang sentiasa insaf dan berusaha memperbaiki diri.
RAHSIA REZEKI : BILA KITA BANTU ORANG LAIN , ALLAH BANTU KITA
"Rahsia Rezeki: Bila Kita Bantu Orang Lain, Allah Bantu Kita"
Dalam kehidupan, ramai yang mengejar rezeki, namun kadangkala kita terlupa bahawa rahsia terbesar dalam rezeki bukan hanya sekadar usaha sendiri. Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa memudahkan kesulitan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengajarkan bahawa apabila kita meringankan beban orang lain, kita sedang membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka untuk diri sendiri. Dalam rezeki yang kita terima, terselit rezeki orang lain. Setiap kebaikan yang kita lakukan, Allah SWT memandangnya dengan penuh kasih sayang dan akan memberi balasan berlipat ganda.
Sebagai contoh, membantu rakan yang sedang dalam kesusahan, menyumbang kepada mereka yang memerlukan, atau bahkan sekadar memberikan senyuman dan kata-kata semangat – semuanya adalah amalan yang membawa keberkatan. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki."
Doa ini boleh diamalkan untuk memohon rezeki yang berkat dan kemudahan dalam kehidupan:
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki halal-Mu daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Kesimpulannya, jadilah pemudah jalan untuk orang lain, dan lihat bagaimana Allah SWT membuka pintu-pintu kemudahan buat kita. Rezeki bukan sekadar harta, tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, dan kelapangan jiwa.
KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA
"KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AjALPUN TIBA"
'Rugi kalau tidak baca sampe selesai'
Jangan perdulikan jasadmu yang akan busuk dan hancur !
Kaum muslimin akan melaksanakan kewajiban mereka;
1. Memandikan mu
2. Mengkafani mu
3. Menyalati mu
4. Menguburkan mu
Yakinlah bahwa;
"Dunia tidak sedih karena Kematian mu"
"Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu !
"Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu !
"Perekonomian akan terus berputar !
"Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain!
Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris!
Sementara Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yg paling kecil !
Yang pertama lepas dari mu adalah nama mu...
Saat Anda meninggal dunia: Orang-orang bertanya; Dimana mayatnya ?
Mereka tidak lg memanggil mu dengan namamu...
Namamu tinggal kenangan belaka.
Ketika mereka akan menshalati, mereka bilang; Bawa sini jenazahnya!
Mereka tidak lagi menyebutkan namamu.. Betapa cepat namamu hilang berlalu....
Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata; Dekatkan mayitnya! tanpa menyebutkan namamu....
Karena itu...
Janganlah tertipu oleh kehormatan, status sosial dan kelebihan kelompokmu !!
Jangan terperdaya oleh kedudukan, jabatan dan nasab keturunanmu !!
"Alangkah sepelenya dunia ini... dan betapa besar apa yang akan kita hadapi"
Kesedihan orang atas kepergian mu ada 3
1.Orang yang mengenal mu sepintas akan mengatakan: Kasihan !!...
2.Teman dan sahabatmu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka kembali pada rutinitas dan canda tawa mereka.
3.Kesedihan mendalam di rumah...Keluargamu akan bersedih sepekan... satu-dua bulan atau hingga satu tahun...
Kemudian mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan...
Demikianlah.....
Kisah mu di antara manusia telah berakhir.....
Anda hanya tinggal album kenangan
"Kisah mu yang sebenarnya baru dimulai... bersama sesuatu yang nyata, yaitu; Alam Akhirat"
"Telah lepas darimu"
1.Ketampanan/Kecantikan
2.Harta, Rumah
3.Kedudukan/Jabatan
4.Anak
5.Istri/Suami
"Kehidupan mu yang sesungguhnya baru dimulai"
Pertanyaannya sekarang adalah;
Apa yang telah Anda siapkan untuk kubur dan akhirat mu?.... Ini adalah kenyataan yang akan terjadi dan perlu direnungkan !!
Check ibadahmu, yang wajib dan yang sunnah...
Check Amal shaleh dan Sedekah mu...
Check perilaku dan tingkah laku mu...
Semoga kita semua menyiapkan bekal utk kehidupan yg kekal, Dan Selamat di Akhirat...
Jika Anda membantu mengingatkan orang lain dengan menyebar postingan ini... In Sya Allaah...
Anda akan dapatkan buah dari peringatan Anda ini dalam timbangan amal kebaikan pada hari Kiamat.
Allaah berfirman;
(وذكّر فإن الذكرى تنفعُ المؤمنين)
"Dan berilah peringatan! karena peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman"
Kenapa Mayit memilih "Sedekah" jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah;
رب لولا أخرتني إلى أجل قريب: فأصدق
"Ya Allaah jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, niscaya aku akan bersedekah"
Mereka tidak mengatakan:
➡ Niscaya Aku akan Haji/Umrah..
➡ Niscaya Aku akan Shalat..
➡ Niscaya Aku akan Puasa..
Para ulama menjelaskan : "Mayit hanya mengatakan "SEDEKAH", karena dia melihat dampak sedekah yang sangat besar setelah kematian"
"Maka perbanyaklah sedekah"
utk saat ini bersedakahlah dengan mengirim/menyebarkan postingan ini pada teman/saudara dengan niat karena Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Ya Allaah...
✅ Muliakanlah orang yang membaca dan membagikan status ini
✅ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✅ Lapangkanlah hatinya Bahagiakanlah keluarganya
✅ Luaskan rezekinya seluas lautan
✅ Mudahkan segala urusannya
✅ Kabulkan cita-citanya
✅ Jauhkan dari segala Musibah
✅ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar...Aamiin
✅ semoga yang menulis Aamiin dan yang membagikan ini di jauhkan dari siksa kubur kelak... Aamiin Yaa Robbal'alamiin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
semoga bermanfaat
Barakallahufiikum