Saturday, 8 May 2021

PERSIAPAN MENUJU KE AKHIRAT

 


PERSIAPAN MENUJU KE AKHIRAT


1 - Perbanyak membaca al Quran.


2 - Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.


3 - Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.


4 - Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.


5 - Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.


6 - Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.


7 - Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.


8 - Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.


9 - Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.


10 - Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.


11 - Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud. 


12 - Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.


13 - Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.


14 - Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini.


"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."


~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani


Alhamdulillah ♥️

No comments:

Post a Comment