DOSA DI TANGGA MASJID
*Nak sentuh perkara kecil sahaja.* Begini ceritanya....Jumaat lepas ketika ke masjid, saya berhenti di tangga utama masjid memerhati mereka yang datang ke masjid untuk solat Jumaat.
*Di tangga masjid telah banyak kasut dan selipar diletak dekat tangga oleh orang yang datang awal.* Seorang jemaah yang tiba saya lihat menolak kasut dan selipar dengan kakinya di tangga untuk meletak kasutnya. Datang seorang lagi pun serupa juga, *habis lintang pukang kasut orang yang datang awal.*
Seorang ustaz tiba-tiba menepuk bahu saya dan bertanya apa yang saya sedang fikirkan.
*Saya pun bertanya dia :*
*Tidakkah berdosa perbuatan mereka menolak kasut orang lain kerana nak letak kasut sendiri?*
Ustaz ini senyum sambil berkata, *berdosa* kerana mereka yang datang awal telah mendapat tempat itu *sebagai haknya,* sama seperti dia mendapat hak di dalam masjid.
*Mereka yang menolak kasut orang itu mementing diri.* Awak datang lewat, carilah tempat yang kosong untuk letak kasut. Yang terlebih baik, kasut disusun dalam susunan yang tertib, tidak berselerak. *Jom kita ubah.*
*Niat sudah baik untuk bersolat,* tetapi disertai *perbuatan dosa.* Ianya kecil, tetapi mungkin menyakiti hati orang lain. Kadang kita tidak sedar kita mengumpul dosa.
*FIKIRKANLAH.. MEREKA YANG BERUSAHA MENJADI BAIK, MESTILAH MEMIKIRKAN DOSANYA WALAUPUN KECIL..*
*Wallahu'alam.. Moga bermanfaat.. Aamiin..*
No comments:
Post a Comment