Sunday 27 October 2024

TENTANG USIA 40 AN DALAM AL QURAN


 Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an 


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف


Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 


Al Ahqaf: 15


وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها. 


Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.


Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.


Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.


Dalam ayat yang lain.....


أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)


Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? 


Al Fathir: 37


عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .

Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :


" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan 


( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.


عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .


Masruq berkata :


" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".


Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:


عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح


“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".


HR Tirmizi

Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:


من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار


“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”


Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. 


( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )


Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...


1. Meneguhkan tujuan hidup

2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah

3. Menjadikan uban sebagai peringatan

4. Memperbanyak bersyukur

5. Menjaga makan dan tidur 

6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.     


Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam,  di hujung dan telah melewati 40an.

Thursday 24 October 2024

EMPAT WAKTU PENUH KEBERKATAN

 



Empat Waktu Penuh Keberkatan


1. Pertama, menjelang azan Subuh. 

2. Kedua, setelah solat Subuh sampai terbit matahari

3. Ketiga, menjelang azan Maghrib

4. Keempat setelah solat Maghrib sampai solat Isyak

5. Pesanan dari Al Habib Quraisy Baharum, sesiapa yang betul-betul menjaga dan memperhatikan empat waktu ini, kerana kebanyakan manusia begitu banyak lalai, mengabaikan keberkatan dan kelebihannya, banyak bersikap sambil lewa kerana kesibukan kerja dan urusan hidup seharian.

6. Pada hal keempat-empat waktu ini sangat besar manfaatnya kepada kehidupan kita. Jika kita mampu dan berupaya menjaganya dengan baik dan serius memperhatikannya dalam hidup seharian kita, maka Allah akan mengurniakannya banyak kelebihan. 


7. Antara kelebihannya adalah...

● Hari yang dillaluinya akan penuh dengan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

● Segala dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT Yang Maha Mengampunkan

● Pahala dan ganjaran dari ibadah dan kebaikannya akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.

● Doanya akan dimakbulkan oleh Allah

● Keluarganya akan diberikan sakinah oleh Allah SWT

● Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah 

● Rezekinya akan diluaskan

● Hatinya sentiasa lapang, jiwanya sentiasa tenang

● Diberikan  banyak hikmah dalam hidup

● Mendapat kematian yang husnol khotimah

8.  Moga kita lebih lebih cermat menyusun waktu dan rutin harian, apa lagi bagi kita yang sudah melepasi zaman  keterikatan dengan waktu kerja lapan pagi hingga lima petang. Moga masih ada ruang untuk kita sentiasa memperbaiki keadaan hidup kita yang semakin pendek ini. Amin

DOSA DI TANGGA MASJID

 


DOSA DI TANGGA MASJID


*Nak sentuh perkara kecil sahaja.* Begini ceritanya....Jumaat lepas ketika ke masjid, saya berhenti di tangga utama masjid memerhati mereka yang datang ke masjid untuk solat Jumaat. 


*Di tangga masjid telah banyak kasut dan selipar diletak dekat tangga oleh orang yang datang awal.* Seorang jemaah yang tiba saya lihat menolak kasut dan selipar dengan kakinya di tangga untuk meletak kasutnya. Datang seorang lagi pun serupa juga, *habis lintang pukang kasut orang yang datang awal.*

Seorang ustaz tiba-tiba menepuk bahu saya dan bertanya apa yang saya sedang fikirkan. 

*Saya pun bertanya dia :* 

*Tidakkah berdosa perbuatan mereka menolak kasut orang lain kerana nak letak kasut sendiri?*

Ustaz ini senyum sambil berkata,  *berdosa* kerana mereka yang datang awal telah mendapat tempat itu *sebagai haknya,* sama seperti dia mendapat hak di dalam masjid. 

*Mereka yang menolak kasut orang itu mementing diri.* Awak datang lewat, carilah tempat yang kosong untuk letak kasut. Yang terlebih baik, kasut disusun dalam susunan yang tertib, tidak berselerak. *Jom kita ubah.*

*Niat sudah baik untuk bersolat,* tetapi disertai *perbuatan dosa.* Ianya kecil, tetapi mungkin menyakiti hati orang lain. Kadang kita tidak sedar kita mengumpul dosa. 

*FIKIRKANLAH.. MEREKA YANG BERUSAHA MENJADI BAIK, MESTILAH MEMIKIRKAN DOSANYA WALAUPUN KECIL..*


*Wallahu'alam.. Moga bermanfaat.. Aamiin..*