Empat Waktu Penuh Keberkatan
1. Pertama, menjelang azan Subuh.
2. Kedua, setelah solat Subuh sampai terbit matahari
3. Ketiga, menjelang azan Maghrib
4. Keempat setelah solat Maghrib sampai solat Isyak
5. Pesanan dari Al Habib Quraisy Baharum, sesiapa yang betul-betul menjaga dan memperhatikan empat waktu ini, kerana kebanyakan manusia begitu banyak lalai, mengabaikan keberkatan dan kelebihannya, banyak bersikap sambil lewa kerana kesibukan kerja dan urusan hidup seharian.
6. Pada hal keempat-empat waktu ini sangat besar manfaatnya kepada kehidupan kita. Jika kita mampu dan berupaya menjaganya dengan baik dan serius memperhatikannya dalam hidup seharian kita, maka Allah akan mengurniakannya banyak kelebihan.
7. Antara kelebihannya adalah...
● Hari yang dillaluinya akan penuh dengan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.
● Segala dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT Yang Maha Mengampunkan
● Pahala dan ganjaran dari ibadah dan kebaikannya akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.
● Doanya akan dimakbulkan oleh Allah
● Keluarganya akan diberikan sakinah oleh Allah SWT
● Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
● Rezekinya akan diluaskan
● Hatinya sentiasa lapang, jiwanya sentiasa tenang
● Diberikan banyak hikmah dalam hidup
● Mendapat kematian yang husnol khotimah
8. Moga kita lebih lebih cermat menyusun waktu dan rutin harian, apa lagi bagi kita yang sudah melepasi zaman keterikatan dengan waktu kerja lapan pagi hingga lima petang. Moga masih ada ruang untuk kita sentiasa memperbaiki keadaan hidup kita yang semakin pendek ini. Amin
No comments:
Post a Comment