Sunday, 31 January 2021

NASIHAT DAN CARA MENJALANI UMUR MENCAPAI 40 TAHUN DAN SELANJUTNYA.



NASIHAT DAN CARA MENJALANI UMUR MENCAPAI 40 TAHUN DAN SELANJUTNYA.

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : 

Berarti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh.

4. JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya.

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.
Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan.

Ya ALLAH.. 
Angkatlah segala ujian dan musibah ini.


Monday, 25 January 2021

UJIAN - UJIAN ALLAH SWT DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


UJIAN DALAM KEHIDUPAN


Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.

Kita semua di UJI Allah.

*terbaca catatan: 
Saiful

#Muhasab

Friday, 25 July 2014

SELAMAT BERPUASA



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN.

Monday, 24 March 2014

DOAKU DI HARI INI


YA ALLAH YA TUHANKU,

" Pelihara dan lindungilah diri kami dari kesesatan dan kehanyutan keduniaan.Sempurnakanlah urusan agama,ibadat dan amalan kami sperti  mana yang telah kau turunkan dan kurniakan kepada Rasulullah,Nabi Muhammad SAW dan nabi - nabi yang sebelumnya.Jadikanlah diri kami golongan yang berjaya dan  sempurna di akhirat.Kuatkanlah iman dan takwa kami."

Amin ya rabbal alamin.


 

Wednesday, 5 March 2014

NAMA - NAMA RASUL





  1. Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
  2. Nabi Idris a.s.
  3. Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Hud a.s.
  5.  Nabi Salih a.s.
  6. Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
  7. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
  8. Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq a.s.)
  9.  Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail a.s.)
  10.  Nabi Ya’akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
  11. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya’akub a.s.)
  12.  Nabi Ayub a.s.
  13. Nabi Syu’aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
  14.  Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
  15.  Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
  16.  Nabi Zulkifli a.s.
  17.  Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
  18. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
  19. Nabi Ilyas a.s.
  20.  Nabi Ilyasa’ a.s.
  21.  Nabi Yunus a.s.
  22.  Nabi Zakaria a.s.
  23. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & dua pupu kepada Nabi Isa a.s)
  24.  Nabi Isa a.s.
  25. Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)

NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA.


NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA.


1. Jibrail ( جبرائيل/جبريل ) Menyampaikan wahyu Allah Kepada Rasul dan Nabi.

2. Mikail ( ميكائيل ) Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.

3. Israfil ( إسرافيل ) Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat dan Kiamat

4. Izrail ( عزرائيل ) Mencabut nyawa.

5. Munkar ( منكر ) Menyoal mayat di dalam kubur

6. Nakir ( نكير ) Menyoal mayat di dalam kubur

7. Ridhwan ( رضوان ) Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.

8. Malik ( مالك ) Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.

9. Raqib ( رقيب ) Mencatat segala amalan baik manusia.

8. Atid ( عتيد ) Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


Tuesday, 4 March 2014

RUKUN IMAN






 
1. Beriman dengan Allah SWT

 2. Beriman dengan para malaikat.

 3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

 4. Beriman dengan para Rasul.

 5. Beriman dengan Hari Akhirat.

 6. Beriman dengan Qada' dan Qadar