Thursday, 12 December 2024

MAKIN KITA BERUMUR


MAKIN KITA BERUMUR


: Ust. Shamsuri Hj Ahmad


1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat. 


2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah. 


3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yg sebelumnya. 


4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal. 


5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat. 


5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur. 


6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.


7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun. 


8. Makin kita berumur, ambil lah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.


9. Makin kita berumur, zikir kena banyak. 


10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,

Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. 


‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ



: Ust. Shamsuri Hj Ahmad

Wednesday, 11 December 2024

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA:


 KATA AL QUR'AN TENTANG USIA: 


1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

( Qs. Hud : 15-16 )


2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.

( Qs. Al Isra:72 )


3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )


4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.

( Qs. Ali Imran : 145 )


5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.

( Qs. An Nisa : 78 )


6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.

( Qs. Ali Imran : 185 )


7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.

( Qs. Al-An'am : 32 )


Sumber : Noor Isham Sanif

Tuesday, 26 November 2024

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.


2. Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.


3. Orang yang pertama berkhatan :J

Nabi Ibrahim AS


4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada

hari qiamat : 

Nabi Ibrahim AS.


5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah

pada hari qiamat : 

Nabi Adam AS.


6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :

Sayyidatina Hajar 


7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari

qiamat :

Nabi Muhammad SAW.


8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :

Abu Bakar As Siddiq RA.


9. Orang yang pertama menggunakan tarikh

hijrah :

Umar bin Al-Khattab 


10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah

dalam Islam : 

Al-Hasan bin Ali RA.


11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :

Thuwaibah RA.


12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 

Al-Harith bin Abi Halah 


13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 

Sumayyah binti Khabbat 


14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /

lembaran : 

Abdullah bin Amru bin Al-Ash 


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan

fisabilillah : 

Saad bin Abi Waqqas 


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan

melaungkan adzan: Bilal bin Rabah 


17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : 

Ali bin Abi Tholib 


18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi

SAW : 

Tamim Ad-dary 


19. Orang yang pertama menghunus

pedang dalam

perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-

Awwam 


20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan 


21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi

SAW :

Khadijah bt Khuwailid.


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 

Imam Syafei RH.


23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib 


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :

Muawiyah bin Abi Sufyan 


25. Orang yang pertama membuat

perpustakaan awam

Harun Ar-Rasyid 


26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar

Al-Khattab 


27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas

Rasulullah SAW : 

Ali bn Abi Tholib 


28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil

Haram Mekah:

Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur


29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus'ab bin Umair 


30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 

Nabi Muhammad SAW.

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR


 30 TANDA-TANDA HATI KOTOR


1. Gelisah walaupun tiada masalah.


2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.


3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.


4. Tidak amanah dan mungkir janji.


5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.


6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.


7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.


8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.


9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.


10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.


11. Menyampaikan ilmu dengan riak.


12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.


13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.


14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.


15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)


16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.


17. Solat yang tidak khusyuk.


18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.


19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.


20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.


21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.


22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.


23. Suka bergosip dan menabur fitnah.


24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.


25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.


26. Pendendam.


27. Penting diri dalam semua hal.


28. Berpura-pura dan suka membodek.


29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.


30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.


Kredit - tok pakir (fb)

Saturday, 16 November 2024

RAHSIA HIDUP BAHAGIA ; SYUKUR, SABAR DAN IKHLAS


 "Rahsia Hidup Bahagia: Syukur, Sabar, dan Ikhlas"

Kehidupan manusia sering kali dipenuhi dengan cabaran yang menguji keimanan. Dalam Islam, kunci untuk mencapai kebahagiaan sejati terletak pada tiga sifat utama: syukur, sabar, dan ikhlas. Ketiga-tiga ini bukan sekadar amalan, tetapi cara hidup yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.'” 

(Surah Ibrahim, 14:7)

Syukur adalah tanda kita mengakui segala nikmat yang Allah kurniakan. Syukur tidak hanya dalam kata-kata, tetapi juga melalui tindakan, seperti menghindari maksiat dan memperbanyak amal soleh.

Sabar pula adalah senjata utama menghadapi ujian kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, kerana semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu baik baginya.” 

(HR. Muslim, No. 2999)

Akhir sekali, ikhlas menjadikan amal kita diterima oleh Allah. Allah hanya menerima ibadah yang dilakukan dengan niat yang murni. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat." 

(HR. Bukhari, No. 1; Muslim, No. 1907)

Sebagai amalan harian, amalkan doa ini untuk ketenangan dan petunjuk:

دُعَاء: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu.” 

(HR. Abu Daud, No. 1522)

Kesimpulannya, jadikan syukur, sabar, dan ikhlas sebagai panduan hidup. Dengan itu, insyaAllah, kebahagiaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita.

Friday, 15 November 2024

WASIAT RASULULLAH TENTANG TANDA - TANDA KIAMAT

 


WASIAT RASULULLAH SAW


Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:


1. Anak-anak jadi keras kepala


2. Hujan turun lebat, kejadian banjir


3. Kejahatan bermaharajalela


4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.


5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat


6. Banyak peniaga namun tiada pembeli


7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)


8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia


9. Banyak undang-undang terwujud


10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)


11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah


12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim


13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)


14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu


15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)


16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.


17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)


18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)


19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan


20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah


21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak


22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)


23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat


24. Dihentikan pedang daripada jihad


25. Memperoleh untung dunia melalui agama


26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun


27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu


28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat


29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? 

Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." 

Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.

Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.


30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.


31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.


32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...

Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh)

Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat

(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti

Wallahua'lam

Tuesday, 12 November 2024

TUKAR CARA BERDOA

 


TUKAR CARA BERDOA 


INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.


FORMULA 1


Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?


Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,


" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.


FORMULA KE 2


Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,


" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."


Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.


FORMULA KE 3


Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,


" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."


Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.


FORMULA KE 4


Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.


Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,


' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..


Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..


Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..


Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '


Amin Ya Mujib.


Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.


FORMULA KE 5


Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..


Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,


' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'


FORMULA KE 6


Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,


' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'


Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.


Sumber : Tanyalah ustaz via Hasmah Solan